Surprise Me!

Cerita Wan Ji : Saya dipukul 3 kali dalam penjara, tapi saya maafkan

2019-07-18 1 Dailymotion

Pada 14 Julai lalu, selepas hukuman penjaranya ditangguhkan, Wan Ji aktivis dan penyelidik Saudara - sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dipukul oleh seorang warden penjara ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Wan Ji mendakwa warden berkenaan memintanya menanggalkan cermin mata sebelum menumbuknya sebanyak tiga kali selepas akur dengar arahan untuk memperkenalkan diri.

Atas nasihat rakan-rakan yang bimbang banduan lain dipukul, kata Wan Ji, dia akan membuat laporan polis melalui peguam dari Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Jumaat ini .

Bagaimanapun, Wan Ji berulang kali menegaskan agar warden itu tidak dibuang kerja dan sekadar diberi peringatan agar tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

Tambah Wan Ji, dia merasakan Timbalan Penguasa Penjara Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Shahrul Mat Nasir yang ditemuinya semalam, seakan-akan dapat meneka warden itu apabila Wan Ji memberitahu penjara yang ditempatkannya itu.

“Dia rasa benda tu tak pelik berlaku. Sebab dia kata ‘Iyalah, dalam ramai-ramai orang mesti ada salah seorang yang tak ikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan’.

Buy Now on CodeCanyon