Pertubuhan Gerakan Satu Lapan Malaysia (G18) bakal menjadi pemantau pelaksanaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang menurunkan had usia mengundi dari 21 kepada 18 tahun.<br /><br />Pengerusinya, Amin Daniel Jamal berkata, penubuhan NGO itu bagi memastikan golongan belia yang mencecah usia 18 tahun mendapat pendedahan secukupnya sebelum membuat keputusan dalam pilihan raya akan datang.<br /><br />Beliau berkata demikian pada sidang media di Ampang pada Khamis.