Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos mengucapkan selamat hari jadi kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke-94 yang disambut baru-baru ini.<br /><br />Dalam ucapannya pada perasmian mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar, Jamal mengatakan wajar untuk menghormati Dr Mahathir sebagai perdana menteri walaupun ada di kalangan ahli Umno tidak menyukainya.<br /><br />Jamal berkata demikian ketika berucap di Sungai Besar, Selangor hari ini.
