Latheefa Koya enggan mengulas sama ada pegawai SPRM yang dikatakan terlibat dalam kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock akan disiasat.

“Seperti yang sudah saya katakan, sama ada siasatan dalaman atau luaran, saya tidak boleh komen.

“Kita pihak yang disiasat, kita hanya boleh sahkan dan bekerjasama dalam siasatan itu,” kata ketua pesuruhjaya SPRM hari ini ketika ditanya berkaitan gesaan supaya siasatan dalaman dibuat.

Didesak dengan soalan sama ada SPRM akan menyiasat pegawainya sendiri, Latheefa mengulangi pendiriannya enggan mengulas lanjut.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas acara sebuah acara anjuran Pejabat Bangsa-bangsa Bersatu berkaitan Jenayah dan Dadah (UNODC) di Kuala Lumpur hari ini.

Teoh meninggal dunia pada 2009 selepas siasatan semalaman dalam kes melibatkan pejabat menteri besar Selangor ketika itu.

Pada 2014, Mahkamah Rayuan mengubah keputusan terbuka koroner berkaitan kematian mendiang dan memutuskan pegawai SPRM melakukan kesalahan.

Pegawai didakwa terlibat bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah.

Tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk membuka semula siasatan kes itu.