Polis dijangka akan menyiasat seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PKR berkaitan kes video seks yang dikaitkan dengan menteri hal ehwal ekonomi Azmin Ali.

Adun itu telah pun dipanggil ke ibu pejabat polis Bukit Aman supaya percakapannya dapat dirakam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed memberitahu Malaysiakini perkara itu tetapi enggan mengesahkan sama ada individu itu seorang Adun.

Bagaimanapun, dipercayai wakil rakyat itu dialah Adun Kota Anggerik Najwan Halimi.

Pada 20 Julai, Najwan menafikan menjadi dalang dalam kes video seks sejenis itu.

Menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, beliau menyifatkannya sebagai permainan minda di media sosial untuk mewujudkan perpecahan.

Dakwaan tersebut tercetus selepas Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador dipetik oleh Bernama yang mengatakan seorang Adun Selangor juga disiasat polis berhubung kes itu.

Hamid juga dilaporkan berkata pemimpin dari sebuah parti politik merupakan dalang di sebalik "komplot jahat" untuk merosakkan reputasi Azmin.

Najwan sebelum ini dikatakan bersama kem Azmin, tetapi berpecah dan bertanding sebagai "kuasa ketiga" pada pemilihan Pemuda PKR (AMK) tahun lepas.