Mestecc akan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan mengenalpasti punca berlakunya beberapa pelajar mengalami keracunan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin pada hari Selasa berkata laporan analisis mengenai penempatan semula kilang-kilang berisiko tinggi di Pasir Gudang akan diserahkan kepada kerajaan Johor dalam tempoh lima minggu.

Bercakap kepada akhbar selepas pelancaran Cabaran Bandar Karbon Rendah di Greentech Malaysia, Yeo juga berkata ia terpulang kepada kerajaan negeri mengenai penempatan semula kilang tersebut.