Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dibebaskan daripada tahanan polis kira-kira jam 3.50 petang ini selepas reman yang dikenakan ke atasnya berakhir.

Dalam ucapannya kepada pemberita, Farhash mempersoalkan kewajaran dia ditahan reman sedangkan bukan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, kira-kira 100 penyokong - sebahagiannya membawa plakad - menyambut pembebasan Farhash dengan teriakan "Reformasi".

Farhash ditahan pada 16 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung video seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Haziq adalah individu yang mengaku dirinya mengadakan hubungan sejenis dengan lelaki didakwanya Azmin Ali.

Azmin yang juga timbalan presiden PKR menafikan beliau terlibat dalam aksi tersebut dan mendakwa ia adalah rancangan pihak tertentu yang mahu membunuh kerjaya politiknya.