Ketua Wanita PKR Perak Chua Yee Ling kesal dengan kenyataan Farhash Wafa Salvador dan menyifatkannya bertentangan dengan seruan Presiden PKR Anwar Ibrahim agar pemimpin dan anggota parti bersatu.

Jelas Chua, sebarang tindakan yang mencabar profesionalisme polis hanya akan menjejaskan kredibiliti dan melambatkan lagi penyembuhan dalaman parti.

Dia berkata Buat masa ini, perlu bersabar dan menunggu laporan penuh, untuk mencari dalang sebenar.

Tambahnya, ahli PKR mesti mematuhi disiplin parti dan memaparkan kualiti parti pemerintah yang bertanggungjawab.
Melaungkan 'Anwar sebagai PM' dan 'Azmin semburit' tidak dapat diterima dan mengelirukan orang ramai.

"Saya menggesa parti mengambil tindakan disiplin yang serius," kata Chua dalam satu kenyataan semalam.

Chua berkata demikian merujuk kenyataan Farhash, yang merupakan setiausaha politik Anwar, ketika dibebaskan dari tahanan polis semalam.