Surprise Me!

Kes Adib: Mahkamah sudah cukup bukti untuk buat keputusan

2019-07-24 940 Dailymotion

Mahkamah koroner Shah Alam hari ini menyimpulkan inkues berhubung kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim selepas lima bulan pendengaran.

Keputusan itu dibuat selepas koroner Rafiah Mohamad memutuskan bahawa tidak perlu memanggil saksi lain.

Rafiah menetapkan 21 Ogos sebagai tarikh bagi pihak berkepentingan untuk menyerahkan dokumen.

"Saya berpuas hati dengan bukti dan saya menutup prosiding inkues.

"Kami mempunyai bukti yang cukup untuk membuat keputusan," katanya.

Inkues ke atas kematian Adib, yang bermula 11 Feb, berlangsung selama 41 hari pendengaran dan melibatkan 30 saksi yang dipanggil.

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Dis, 2018, selepas mengalami kecederaan ketika ditugaskan dalam kejadian rusuhan berhampiran kuil Seafield kira-kira sebulan sebelum itu.

Inkues itu diadakan selepas dibangkitkan dua versi bertentangan mengenai punca kematian allahyarham.

Buy Now on CodeCanyon