Sekumpulan ahli PKR Selangor tampil membuat aduan hari ini terhadap Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak selepas pengerusi PKR Perak itu melaungkan “Azmin semburit” petang semalam.<br /><br />Kumpulan itu yang diketuai bekas timbalan ketua penerangan PKR Selangor K Gunasekaran berkata, pihaknya sakit hati mendengar laungan yang dibuat Farhash selepas beliau dibebaskan daripada tahanan reman semalam.<br /><br />“Perkataan Anwar Ibrahim ‘next PM’ kita setuju. Tanda hormati aspirasi suara parti,” katanya kepasa pemberita sebelum menyerahkan salinan aduan kepada wakil Lembaga Disiplin PKR di ibu pejabat parti itu.