Menteri KPKT Zuraida Kamarudin menasihatkan graduan muda agar tidak membelanjakan wang mereka untuk membeli kenderaan terlebih dahulu. Sebaliknya, tegas beliau, golongan muda perlu melabur dalam pembelian hartanah. <br /><br /> "Kami mahu jadikan anak-anak muda untuk menjadi pemilik aset. Ini adalah budaya yang mereka harus mula dari sekarang, dan ia akan memberi manfaat kepada mereka dalam jangka masa panjang," katanya.
