Keputusan muktamad masih berada di tangan pihak bank dalam meluluskan permohonan pinjaman perumahan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.<br /><br />Beliau menegaskan demikian walaupun kerajaan mengambil langkah untuk membolehkan peminjam yang disenarai hitam dalam rekod Sistem Maklumat Rujuakn Kredit Berpusat (CCRIS) dikecualikan daripada sekatan untuk pembelian rumah pertama.<br /><br />Bank-bank sendiri akan membuat keputusan sama ada mereka mahu untuk meluluskan atau tidak pinjaman permohonan (daripada peminjam PTPTN).
