Surprise Me!

Kehadiran Erdogan mengejutkan media, sambut Dr M di lapangan terbang

2019-07-25 16,089 Dailymotion

Kehadiran Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, untuk menyambut ketibaan Dr Mahathir Mohamad sebaik Perdana Menteri tiba dari Kuala Lumpur, malam tadi mengejutkan, terutama pihak media.

Memetik BH Online, ini disebabkan dalam jadual rasmi, Erdogan hanya akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Dr Mahathir setelah sambutan rasmi di Istana Presiden petang ini.

Pesawat khas membawa Dr Mahathir dan isteri, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini kira-kira jam 7.40 malam waktu tempatan (12.40 pagi waktu Malaysia) malam tadi untuk memulakan lawatan rasmi empat hari.

Kira-kira 15 minit kemudian, pesawat khas yang membawa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, tiba di lapangan terbang sama, dan kedua-kedua pemimpin kemudiannya mengadakan pertemuan singkat selama 20 minit di bilik kenamaan.

Bagaimanapun, pegawai kanan Dr Mahathir, ketika ditemui berkata, memang pertemuan itu dirancang pada saat akhir.

“Presiden (Erdogan) sendiri mahu menyambut ketibaan Tun (Dr Mahathir) tetapi Presiden memberitahu akan sampai lewat sedikit,” katanya.

Kedua-dua pemimpin Islam itu dikenali dunia sebagai vokal dan tidak mudah tunduk kepada dunia Barat.

Terdahulu, Dr Mahathir dan isteri disambut oleh Menteri Industri dan Teknologi Turki, Mustafa Varank dan Gabenor Ankara, Vasip Sahin.

Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan dengan Erdogan di Istana Presiden kira-kira jam 3.45 petang ini (8.45 malam waktu Malaysia).

Ini diikuti mesyuarat delegasi kedua-dua negara yang akan turut disertai Menteri Luar, Saifuddin Abdullah; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darrel Leiking.

Dr Mahathir dan Erdogan kemudian dijangka mengadakan sidang media bersama, sebelum menghadiri jamuan makan malam.

Buy Now on CodeCanyon