Presiden PKR, Anwar Ibrahim memerlukan DAP untuk mencapai cita-cita politiknya, kata Presiden PKR, Ahmad Zahid Hamidi.

"Anwar terlalu terhutang budi dengan DAP.

"Semua yang dilaksanakan oleh DAP dianggap benar belaka kerana parti itu telah menjadi tulang belakang sebagai rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya untuk mencapai cita-cita politik beliau," kata Zahid dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar yang mengatakan pendiriannya terhadap parti yang dianggotai majoriti kaum Cina itu bersifat perkauman.

Zahid, yang pernah menjadi orang kanan kepada bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun menegaskan Umno dan BN tidak pernah dan tidak akan mengamalkan sikap perkauman.

"Agenda kami untuk terus menjaga kepentingan semua bangsa dan agama akan terus dilaksanakan seperti terbukti ketika menjadi kerajaan.

"Kerjasama antara Umno dan PAS, turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama-sama parti lain dari pelbagai kaum dan agama," katanya.

Tambah beliau, hanya mereka yang bersifat "kacang lupakan kulit" menganggap Umno bersifat perkauman.

Sementara itu Zahid turut meminta Anwar menyelesaikan dahulu masalah dalam PKR yang kini bagaikan 'retak menanti belah' sebelum bercakap mengenai Umno.

"Dalam PH sendiri kemelut antara parti sudah menjadi rahsia umum. Sudah terang lagi bersuluh," katanya.

Awal hari ini, Anwar berkata pendirian Zahid mengenai DAP adalah "jelas bersifat perkauman".

"Bagi saya, untuk memenuhi (matlamat) negara ini, anda mesti berupaya untuk bekerja dengan Malaysia atau mana-mana parti politik yang berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Ia mesti secara khusus. Mereka tidak setuju dengan DAP pasal apa?

"Mereka tidak boleh hanya buat generalisasi dan hentam parti berkenaan prinsip. Saya telah bekerja dengan DAP, dan saya tidak mempunyai masalah dengan itu," kata beliau seperti dipetik The Star Online.