Surprise Me!

'SOP polis itu sendiri agak bercelaru dalam kes video ni'

2019-07-26 4,318 Dailymotion

Kumpulan pendesak pro-Anwar Ibrahim Otai Reformis hari ini mempertikai siasatan polis dalam kes video seks sejenis yang dikaitkan dengan menteri ekonomi Azmin Ali.

Kata Setiausaha Agungnya, Abdul Razak Ismail, prosedur operasi standard (SOP) siasatan polis dalam kes tersebut bercelaru.

“SOP polis itu sendiri agak bercelaru dalam kes video ni.

“Dia siasat bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagaimana dengan seksyen 377A Kanun Keseksaan? Adakah berjalan serentak (kedua-duanya)?

“Jika serentak, sepatutnya dua orang yang melakukan hubungan intim ini ditahan untuk sisasatan lanjut.

“Tapi nampaknya di sini, bukan nak kata berat sebelah, tapi Haziq kena tahan beberapa hari, tapi pasangnanya tak ditangkap.

“Adakah kerana dia seorang menteri?” soalnya dalam satu sidang media di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Timbalan pengerusi Otai Reformis Mustapa Mansor bagaimanapun tidak mahu menamakan “menteri kanan” yang dirujuk dalam sidang media itu.

Setakat ini, 11 orang ditahan untuk membantu siasatan, termasuk bekas Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai pelaku dalam video itu.

Dia mendakwa Azmin sebagai pasangannya, namun dakwaan itu dinafikan Azmin dengan menyifatkannya sebagai cubaan untuk menjatuhkan karier politik beliau.

Haziq ditahan sejak 14 Julai lalu dan dibebaskan 23 Julai.

Penahanan-penahanan itu dibuat bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan (seks luar tabii), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 323 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan video lucah).

Razak juga mempersoalkan layanan berbeza terhadap Haziq dan Azmin kerana hanya seorang dari mereka ditahan.

Sementara itu, dalam Mustapa juga membacakan sidang media yang antaranya mendakwa Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberi kenyataan “agak mengelirukan”.

“Kenyataan KPN haruslah berdasarkan fakta dan data yang jelas, bukannya andaian dan tuduhan semata-mata.

“KPN bukan ahli politik atau orang awam yang sering membuat andaian berdasarkan ‘dengar khabar’ tanpa hasil kajian atau siasatan terperinci,” katanya.

Diasak pemberita Mustapa bagaimanapun berkata siasatan polis sudah bagus tetapi mereka kini hanya mahu melihat hasilnya.

“Bukan nak kata polis tak ikut proses undang-undang, tapi kita mahukan lebih jelas,” katanya lagi.

Buy Now on CodeCanyon