Polis menahan lapan lagi warga Nigeria yang dipercayai terlibat menyerang anggota polis di Apartmen Flora Damansara, dekat sini, Khamis lalu dalam satu operasi di sekitar apartmen tersebut, tengah malam tadi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tangkapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan warga Nigeria yang ditahan bagi membantu siasatan sebanyak 18 orang.

“Kejadian ini nyata merupakan tindakan ganas dan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh warga asing tersebut kepada pihak polis yang hanya menjalankan tugas.

“Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima berlaku di negara kita dan kita tidak akan melayan perlakuan ganas seperti ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jerayawara Austisme: Garis Panduan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, di sini hari ini.