Sekurang-kurangnya 13 orang awam termasuk lima kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara kerajaan Syria di wilayah Idlib.<br /><br />Serangan itu berlaku hanya sehari selepas ketua hak asasi manusia PBB memberi amaran bahawa mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan boleh dikenakan tindakan jenayah perang.<br /><br />Kerajaan Syria, yang disokong oleh pasukan Rusia, melancarkan serangan untuk menawan idlib pada akhir April.
