Menjawab soalan Dr Ananthan Somasundram, mengenai pindaan dan peraturan hukuman rotan ke atas pelajar sekolah, Menteri Pendidikan memberitahu rotan ialah alat mendidik bukan lepas geram.

Maszlee Malik turut memberitahu dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian
daripada proses pendidikan.

Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk
mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid.

Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk
memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah,
merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka
yang tidak berdisiplin.