Ketua Polis Negara (IGP) Abdul Hamid Bador memberi amaran bahawa pengunaan dadah di negara ini kini pada tahap kritikal dan polis sedang memperhebatkan usaha untuk membendungnya. <br />"Kita menerima fakta bahawa penyalahgunaan dadah di negara berada tahap kritikal. <br /><br /> "Kalau kita tidak mengatasi ini sekarang, ia akan menjadi setaraf dengan Colombia," kata beliau kepada pemberita di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur, hari ini.