Malaysia akan bekerjasama dengan Turki bagi memperhebatkan lagi industri pertahanan negara, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Beliau berkata Turki merupakan sebuah negara yang amat dikagumi akan kehebatannya menerusi bidang pertahanan dan Malaysia akan bekerjasama untuk menerokai bidang terbabit dalam meningkatkan aspek pertahanan.

Katanya antara kerjasama bersama Turki itu termasuk merancang membeli peralatan yang sesuai bagi aset kegunaaan di negara ini.

Mohamad Sabu berkata pada peringkat awal ini kerajaan kemungkinan akan meneliti alat-alat pengangkutan dan lain-lain dari negara itu.