Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tetap tidak mengabaikan soal parti walau sibuk dengan tugasan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Penasihat PKR itu dipercayai merujuk kepada timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang berkata beliau tidak menghadiri mesyuarat parti kerana tugasnya sebagai menteri.

"Ini satu peringatan, sama juga untuk diri saya sendiri - ada hal parti dan ada juga hal rasmi.

"Kalau kita lihat sebagai rujukan dan contoh, perdana menteri sendiri yang berpengalaman 22 tahun sebagai perdana menteri masih memberi ruang untuk hal parti.

"Sebab kita naik pun atas dasar parti. Jadi bagus jika kita kuatkan parti kita sendiri," katanya kepada pemberita di Shah Alam pada Selasa.