Bekas Perdana Menter Najib Razak tampil menjelaskan ketidakhadiran beliau ke istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung di Istana Negara semalam.

Memetik di Facebook, kata Najib, beliau tidak sempat mengambil pakaian istiadat Orang Besar Pahang miliknya kerana kedudukan tempat duduknya yang ditukar untuk istiadat tersebut.

Najib berkata, akibat pertukaran pada saat akhir itu, beliau tidak sempat untuk mengambil pakaian dari Pekan.

Semalam, pegawai beliau mengesahkan Najib tidak menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara selepas Ahli Parlimen Pekan tersebut mengetahui bahawa tempat duduknya diubah dari barisan tetamu kehormat ke barisan belakang iaitu tempat duduk Orang Besar Pahang.