Sidang media hampir bertukar kecoh apabila penganjur majlis menghalang pengamal media bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Soalan yang diajurkan wartawan mahu mendapatkan reaksi Dr Mahathir berhubung kenyataan Mohamed Azmin Ali yang menyokong Perdana Menteri menggalas jawatan sehingga habis penggal.

Sebaliknya penganjur mencelah dengan meminta pengamal media bertanyakan perihal liputan majlis.

Setelah wartawan-wartawan yang hadir mengatakan 'tidak' kepada penganjur, Dr Mahathir meredakan keadaan dengan membenarkan apa-apa soalan diajukan kepadanya.

Dr Mahathir berkata demikian selepas mempengerusikan sesi perbincangan meja bulat dengan dewan-dewan perniagaan antarabangsa mengenai "Memperkasa Tenaga Kerja Malaysia, Memupuk Bakat untuk Masa Depan," di Putrajaya hari ini.