Polis sekali lagi memberi jaminan akan menyelesaikan kes anak M Indira Gandhi, Prasana Diksa yang hilang.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador turut mengulangi kenyataan bahawa dirinya mengambil kepentingan peribadi dalam kes itu dan berharap ia akan "berkesudahan dengan baik dan gembira".

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Bekas suami Indira, Muhammad Riduan Abdullah melarikan Prasana yang ketika itu berusia 11 bulan dan secara sepihak menukar agama tiga anak mereka kepada Islam pada tahun 2009.

Perbalahan berpanjangan antara Riduan dan Indira berterusan dan mengheret kedua-dua mahkamah syariah dan sivil.

Dua lagi anak Indira kini tinggal bersamanya, tetapi keberadaan Prasana dan bapanya sehingga hari ini tidak diketahui.