Seorang rakyat Malaysia ditahan di Kalimantan Timur, Indonesia pada 16 Julai lalu kerana dipercayai menyeludup masuk dadah jenis syabu ke negara itu.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan seorang rakyat Malaysia antara lima individu yang ditahan di Kalimantan Timur kerana menyeludup enam kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu.

Difahamkan, rakyat Malaysia berkenaan adalah dalang yang berperanan menyeludup masuk dadah ke Indonesia.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sudah dihubungi Polis Negara Republik Indonesia (Polri) berhubung penahanan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Kata Abdul Hamid, beliau mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa ancaman dadah di negara ini amat kritikal.