Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin Melayu Pakatan Harapan (PH) perlu mempertahankan pelaksanaan penggunaan tulisan jawi dan seni khat dalam buku teks sekolah yang dijadualkan bermula tahun hadapan.<br /><br />Kata Ahmad Zahid, bantahan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) membuktikan mereka buta sejarah kerana tulisan jawi merupakan sebahagian daripada Bahasa Melayu.<br /><br />Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar pada Sabtu.
