Surprise Me!

SPRM juga kumpul maklumat liabiliti ahli parlimen

2019-08-06 238 Dailymotion

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperolehi kerjasama yang baik dari ahli parlimen berhubung pengisytiharan aset.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, kebanyakan mereka telah mengisytiharkan aset, dan penguat kuasa kini sedang mengumpulkan maklumat mengenai liabiliti mereka.

“Saya fikir kita mendapat kerjasama yang sangat baik dari aspek jenis pengisytiharan (harta).

"Kami juga perlu memahami, ia bukan hanya pengisytiharan aset sahaja, tetapi juga liabiliti mereka.

“Kami sedang mengumpulnya," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Latheefa menambah bahawa kedua-dua pengisytiharan aset dan liabiliti akan dimasukkan ke dalam laman web tanpa mendedahkan terlalu banyak maklumat, bagi menjaga keselamatan dan perlindungan privasi ahli parlimen.

Beliau berkata terdapat ahli parlimen yang tidak mengisytiharkan aset kerana tidak mendapat borang sepatutnya, meskipun terdapat borang khas untuk ahli parlimen.

"Sesetengah daripada mereka sampai pergi ke Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS). Jadi ada campur-aduk dari segi prosedur,” katanya.

Buy Now on CodeCanyon