Surprise Me!

Selepas terima memo pertahan Jawi, wakil Dong Zong beri pantun

2019-08-06 1 Dailymotion

Sekumpulan 20 wakil badan bukan kerajaan (NGO) turun berkumpul bagi menyerahkan memorandum menyokong pengenalan seni khat-Jawi di sekolah kepada wakil Pertubuhan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Jiao Zong).

Bagaimanapun, hanya seramai tujuh orang wakil daripada kumpulan NGO tersebut, diketuai Presiden Angkatan Gerak Minda Malaysia (Agra), Ashraf Mustaqim bertemu dengan tiga wakil Dong Jiao Zong.

Memorandum yang ditulis dalam tulisan rumi dan Jawi itu mendapat sokongan 90 badan dan organisasi dari seluruh negara.

Ia diterima anggota jawatankuasa pusat Dong Zong, Low Chee Chong di hadapan pagar, luar bangunan Dong Jiao Zong kira-kira 3.30 petang tadi.

Buy Now on CodeCanyon