Video tular di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu laju seorang remaja yang terbabas sebelum merempuh 11 kereta mewah.

Memetik Metro.co.uk, kejadian itu berlaku di Moore Street, Chelsea malam Selasa.

11 kereta mewah itu terdiri daripada McLaren, Porsche Cayenne dan Bentley Bentayga di mana nilai kerosakan lebih RM5 juta.

Remaja terbabit yang memandu kereta jenis Audi Q7 sedang mengekori sebuah Porsche dengan laju sebelum dia hilang kawalan dan terbabas.

Kedua-dua pemandu dan penumpang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di kepala.