Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Khamis menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Jepun, Hiroto Izumi bagi membincangkan mengenai hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Pertemuan dengan Izumi, yang bertanggungjawab dengan perkara berkaitan hal ehwal Malaysia, diadakan di Fukuoka pada hari terakhir lawatan kerja tiga hari Dr Mahathir ke wilayah itu.

Jepun merupakan rakan dagangan global keempat terbesar di Malaysia pada 2018 dengan jumlah perdagangan dua hala dicatatkan pada RM132.57 bilion (US$32.86 bilion). - Bernama