Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memandu sendiri Proton Persona membawa Presiden Joko Widodo ke majlis makan tengah hari yang dihoskan beliau di Seri Perdana.

Kedua-dua pemimpin itu bergerak dari Bangunan Perdana Putra selepas selesai mengadakan pertemuan empat mata bersempena lawatan rasmi dua hari Joko ke Malaysia bermula semalam.

Ini merupakan momen kedua pemimpin itu yang mesra dipanggil Jokowi, menaiki kereta dipandu Dr Mahathir.

Dr Mahathir memandu Pesona berwarna merah dengan nombor pendaftaran B 2367 A dengan diikuti kenderaan yang membawa delegasi lain dari Indonesia.

Pada Feb 2015, Dr Mahathir pernah memandu uji sebuah kereta Proton dengan Jokowi di litar uji Sepang.