Isu tulisan khat Jawi terus menghantui DAP apabila pemimpin veterannya, Lim Kit Siang menerima layanan agak kasar pada acara perayaan Hantu Lapar (Hungry Ghost Festival) di Iskandar Puteri di Johor.

Menurut penganjur acara itu, Lim menerima gangguan dan ejekan dari orang ramai yang terdiri daripada beberapa ratus orang.

Ng Siam Luang, wakil khas parlimen kepada Lim Kit Siang berkata anggota parlimen DAP itu dalam ucapannya mengambil peluang untuk menjelaskan isu khat Jawi kepada mereka yang hadir.

Berdasarkan klip video kejadian itu, penjelasan tersebut tidak diterima baik apabila antara mereka yang hadir berteriak "Kamu masih mahu berbohong" dan lain-lain ungkapan seumpama itu.