Surprise Me!

Wira Putra serah memorandum haramkan Dong Zong

2019-08-16 24 Dailymotion

Wira Putra Malaysia menyerahkan memorandum menggesa kerajaan mengharamkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) yang dilihat terus menentang dasar-dasar nasional sehingga menggugat ketenteraman rakyat Malaysia.

Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, memorandum serta laporan polis dibuat terhadap pertubuhan itu susulan kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Dong Zong sebuah pertubuhan rasis.

Katanya, desakan juga dibuat untuk menggesa kerajaan agar menarik semula bantuan peruntukan sekolah yang diberikan kepada Dong Zong.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum haramkan Dong Zong di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Khamis.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Komunikasi Korporat Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Othman Siru yang mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Buy Now on CodeCanyon