Adun Sungai Pelek, Ronnie Liu bersama Otai Reformis 1998 hadir ke perhimpunan anti-Lynas anjuran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) di Taman Gelora, Kuantan hari ini bagi menunjukkan sokongan terhadap isu itu.

Ronnie Liu turut bertanyakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak mengenai adakah dia membenarkan sisa radioaktif dibuang di rumahnya.

Kira-kira 500 peserta perhimpunan anti-Lynas berhimpun di Taman Gelora, Kuantan pagi ini bagi membantah keputusan kerajaan melanjutkan lesen terhadap kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 8 pagi itu menyaksikan peserta yang hadir membawa plakad dan sepanduk yang mengecam langkah kerajaan.

Mereka turut menuntut peletakan jawatan Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Anggota Parlimen Bentong Wong Tack.

Fuziah dan Wong adalah dua pemimpin dalam PH yang dikenali sebagai tokoh yang lantang dalam kempen anti-Lynas sebelum ini.