Surprise Me!

Zakir Naik minta maaf

2019-08-20 10 Dailymotion

Penceramah kontroversi Dr Zakir Naik memohon maaf susulan ucapannya yang mengguris hati masyarakat bukan Islam.

Zakir berkata beliau tidak rasis dan kenyataannya sebelum ini “digunakan dengan rekaan yang ditambah padanya”.

“Saya selalu mendukung keamanan kerana itulah pendirian Quran.

“Misi saya menyebarkan keamanan ke pelosok dunia. Malangnya, saya turut berdepan pengkritik yang cuba menghalang daripada misi saya,” katanya.

Beliau sekali lagi mengulangi kenyataannya telah dipetik di luar konteks sehingga dituduh menyebabkan masalah kaum di negara ini.

Semalam Zakir disoal siasat lebih 10 jam di Bukit Aman, Kuala Lumpur sehingga melepasi jam 12 tengah malam, susulan kenyataannya dalam acara di Kelantan awal bulan ini.

Zakir berkata beliau sedih apa yang berlaku menyebabkan orang bukan Islam menganggapnya rasis.

“Rasisme adalah kejahatan yang saya tolak dengan keras, kerana dalam Quran, ia bertentangan dengan semua pendirian sebagai pendakwah Islam,” katanya.

Dalam ceramah di Kelantan, Zakir mencadangkan pihak sebagai “tetamu baru” diusir patut meminta “tetamu lama” seperti orang Cina berbuat demikian dahulu.

Beliau juga berkata penganut Hindu di negara ini lebih menyokong perdana menteri India berbanding perdana menteri Malaysia.

Selepas kritikan, beliau berkata kenyataan itu dipetik di luar konteks.

Zakir bagaimanapun berkata beliau memohon maaf jika kenyataannya itu menguris perasaaan susulan “salah faham” itu.

“Saya rasa saya perlu mohon maaf kepada semua pihak yang terguris kerana salah faham ini,” katanya sambil menjelaskan tiada niat berbuat demikian.

Beliau merayu masyarakat, terutamanya bukan Islam, mendengar ucapan penuhnya.

“Ceramah saya ada di YouTube, Peace TV dan aplikasi Peace TV,” katanya.

Zakir juga berterima kasih kepada penyokong yang tetap mendukungnya.

Buy Now on CodeCanyon