Sempena pesta kuih bulan September depan, PKR menyediakan sebanyak 10,000 kotak 'kuih bulan Reformasi' untuk kutipan dana parti mereka.<br /><br />Tetapi dalam keadaan ketidakpuasan hati komuniti Cina terhadap isu tulisan Jawi diperkenalkan di sekolah vernakular dan bantahan terhadap kilang Lynas, tanda tanya muncul sama ada isu-isu itu akan menjejaskan jualan kuih bulan itu.<br /><br />Namun, bagi pemimpin PKR pusat Chang Lih Kang, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Lee Chean Chung, sentimen tersebut tidak akan menjejaskan jualan kuih bulan tersebut.
