Surprise Me!

Dong Zong minta Utusan Melayu dibela

2019-08-22 1 Dailymotion

Pertubuhan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong, hari ini tampil menyeru agar pekerja syarikat penerbitan akhbar Melayu tertua negara ini, Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan Melayu) dibela.

Melalui kenyataan dibuat dalam bahasa Cina hari ini, Dong Zong menyeru kerajaan untuk campur tangan secara proaktif bagi menyelesaikan pertikaian di antara majikan dan pekerja Utusan Melayu.

Menurut Dong Zong - atau nama penuhnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia - Utusan Melayu perlu memaparkan keadaan kewangan syarikat berkenaan untuk pengetahuan pembaca dan orang awam.

Kumpulan Utusan Melayu juga perlu membayar gaji tertunggak dan pampasan skim pemisahan sukarela (VSS) mereka, katanya

Walaupun banyak menyuarakan kepentingan pendidikan Cina, Dong Zong berkata, pertubuhan itu memandang media berperanan penting sebagai pengawas kerajaan dan kebebasannya perlu dihargai

Buy Now on CodeCanyon