Surprise Me!

Zakir Naik ke Bukit Aman lagi

2019-08-22 1 Dailymotion

Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, berkunjung sekali lagi ke Bukit Aman petang ini.

Memetik Malaysiakini, kedatangan Zakir ke Bukit Aman bukanlah untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Sebaliknya, menurut peguam Zakir, Akhberdin Abdul Kadeer, pendakwah itu datang untuk memberikan keterangan terhadap laporan polis yang dibuatnya.

Akhberdin membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy; Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy; Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago dan bekas duta Malaysia ke London, Beijing dan Washington, Ignatius.

Menurut Akhberdin, mereka menetapkan sendiri tarikh dan waktu untuk memberi keterangan tersebut.

Zakir bersama Akhberdin tiba secara berasingan di pintu masuk Bukit Aman kira-kira jam 3.40 petang tadi. Zakir menaiki kereta Toyota Innova manakala peguam terbabit menggunakan Honda Civic hitam.

Mereka tidak melayan sebarang soalan dikemukakan wartawan yang menunggu di situ, sebaliknya terus memasuki Bukit Aman.

Buy Now on CodeCanyon