Pengasas dan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd Shamsubahrin Ismail membayangkan akan berkempen untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti sekiranya perkhidmatan e-hailing motosikal, yang dikenali sebagai Go-Jek diteruskan.

Shamsubahrin juga turut menyelar Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung cadangan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.

Semalam, Kabinet bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, dan jemaah menteri memutuskan agar kajian dari sudut undang-undang dibuat terlebih dahulu sebelum ia boleh dilaksanakan.

Syed Saddiq berkata keputusan Kabinet meluluskan cadangan untuk mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, Go-Jek, akan memberi peluang untuk anak muda terutamanya 'Mat Motor' untuk mendapatkan pekerjaan.