Penduduk Sao Paulo terkejut apabila bandar itu tiba-tiba bertukar gelap pada petang Isnin lalu.

Kejadian itu dipercayai disebabkan asap yang ditiup akibat kebakaran hutan Amazon.

Kejadian selama sejam kira-kira jam 4 petang itu trending di Twitter dengan hastag #PrayforAmazonia.

Kebakaran hutan Amazon di Randonia itu dikatakan menyelubungi Bandar Sao Paulo sejauh 3,300 Kilometer dari Boa Vista.

Insiden itu menyebabkan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dikritik kerana menggalakkan aktiviti pembalakan serta pembangunan ekonomi di Amazon sehingga memusnahkan kawasan berkenaan.