Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata dia tidak mahu memberi sebarang komen tentang portfolio menteri yang akan ditukar kerana khuatir akan disalahertikan oleh pihak media.

Dia juga turut memberitahu, ini bukan kuasa bidang menteri dan menyerahkan Perdana Menteri untuk menjawab.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau ada menyatakan kepada Kabinet tentang cadangan untuk melakukan sedikit pertukaran portfolio di kalangan anggotanya.

Menafikan laporan akan berlakunya rombakan Kabinet pada bila-bila masa, Dr Mahathir berkata, beliau ada memikirkan untuk melakukan pertukaran portfolio cuma belum berbuat demikian.