Selepas pendakwa Zakir Naik meninggalkan Bukit Aman pada jam 7.30 malam tadi, peguamnya Akberdin Abdul Kader memberitahu wartawan bahawa laporan polis baru dibuat terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy.

"Laporan itu adalah mengenai apa yang berlaku semalam, di mana Ramasamy sekali lagi memberikan sidang akhbar dengan media India, sekali lagi mencemarkan dan menjatuhkan reputasi Zakir," kata Akberdin.

"Dalam sidang akhbar ini, Ramasamy menuduh Zakir pengacau dan penipu."

Akberdin menambah bahawa Zakir akan ke Bukit Aman sekali lagi pada 2.30 petang Isnin depan untuk merakamkan kenyataan mengenai laporan baru ini.