Exco Perak Paul Yong, yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rogol hari ini, menolak saranan supaya beliau bercuti.

“Bagi saya, saya masih belum dijatuhkan hukuman,” katanya ketika ditanya sama ada akan bercuti.

Beliau justeru berkata akan terus berkhidmat sebagai biasa dengan mengambil kira “mandat rakyat” kepadanya.

“Mengapa saya mahu berhenti?

“Apa sebab saya mahu cuti?” soalnya kembali kepada pemberita dengan nada yang tinggi.

Yong pagi ini didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan merogol seorang warga Indonesia yang menjadi pembantu rumahnya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh dari DAP itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.