PEKANBARU 23 Ogos - Setiap tahun, tokoh usahawan terkenal negara, Tan Sri Syed Mohd. Yusof Tun Syed Nasir akan ‘pulang ke kampungnya’ di Siak Sri Indrapura bagi merapatkan ukhuwah kekeluargaannya.<br /><br />Anak ketiga daripada 10 beradik itu adalah anak kepada Tengku Busu Syed Ali, Tengku Mangkubumi kerajaan Siak Sri Indrapura.<br /><br />Syed Mohd. Yusof berada di Siak bagi menghadiri sambutan Haul Akbar Kesultanan Siak yang akan diadakan di Istana Siak esok. - UTUSAN ONLINE
