Enam bulan selepas Malaysia berjaya mendapatkan bon Samurai bernilai 200 bilion yen (RM7.3 bilion), Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk memperoleh bon "murah" bagi kali kedua.
"Ya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur apabila diminta pemberita mengesahkan laporan berhubung perkara itu.

"Jepun sedang mengadakan pinjaman yang sangat murah, di bawah 0.65 peratus sebelum ini. Tapi kini lebih rendah lagi.

"Jadi kita sedang mengkaji bagaimana kita boleh menggunakan situasi ini untuk membantu mengatasi masalah kewangan negara kita," katanya.