DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berkenan berangkat meninjau lokasi kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Gelang Patah hari ini (26 Ogos).

DYAM Pemangku Raja telah diberikan taklimat perkembangan terkini operasi pemadaman api oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Yahaya Madis yang membabitkan kekuatan lebih 70 pegawai dan anggota.

Baginda turut melakukan lawatan ke SMK Tanjung Adang yang mempunyai seramai 200 pelajar, di mana sekolah itu terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran.

Pada lawatan itu, DYAM Tunku Mahkota Ismail turut menitahkan supaya sekolah itu ditutup sementara demi kesihatan pelajar-pelajar.

Kebakaran hutan merebak sehingga seluas 98 hektar dipercayai akibat cuaca panas dan kering yang melanda negeri ini.

SUMBER : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar