Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh memaklumkan, kementeriannya akan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan sepanjang kajian dilakukan berkenaan ID Digital Nasional. Hasil kajian juga, jelas beliau, akan dibawa ke mesyuarat Kabinet. <br /> “Proses sembilan bulan ini kita akan berbincang dengan semua terlibat supaya semua cadangan daripada industri boleh kita mendengar masalah termasuk isu keselamatan dan sebagainya. <br /><br /> “Itu semua perkara yang kita bincangkan dan pertimbangkan sebelum kita buat keputusan berkenaan model-model yang kita nak lihat. Saya akan bawa ke peringkat Kabinet,” tambah Gobind.
