Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa simpati terhadap kematian seorang pelajar di Pulau Pinang yang dilapor membunuh diri akibat tertekan dengan lambakan kerja sekolah.

Dr Wan Azizah berkata demikian pada satu majlis di ibu negara hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik melahirkan kesedihan atas kejadian itu, berkata ia tidak wajar berlaku kerana sekolah sepatutnya menjadi tempat pelajar berasa gembira untuk belajar.

Katanya, kementerian akan melakukan siasatan terperinci berhubung isu terbabit.

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dilaporkan menggantung diri di bilik air rumahnya di Taman Seri Relau, Paya Terubong, Georgetown.

Berdasarkan nota yang ditinggalkan, mangsa dilapor bertindak sedemikian akibat tertekan dengan kerja sekolah yang banyak.