Wakil komuniti mak nyah atau wanita transgender Nisha Ayub tidak berpuas hati lalu meluahkan perasaannya melalui FBnya ekoran satu kes seorang Mak Nyah ditangkap kerana tidak melakukan solat Jumaat.

Melalui posting terkininya, Nisha menulis individu itu didenda Rm2,600 dan kemungkinan dipenjara tidak lebih 2 tahun jika tidak bayar denda.

Insiden berlaku apabila individu itu berada di rumah dan Nisha mempersoal kenapa individu itu ditangkap secara strategik mensasar individu itu berbanding kaum lelaki islam lain yang tidak melakukan solat Jumaat.

Dia menambah jika golongan wanita "trans" ini dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa diskriminasi, mereka akan menjalani ibadah tanpa rasa syak wasangka