Surprise Me!

Siapa yang dapat sijil halal Jakim, sudah cukup untuk dijual

2019-08-30 11 Dailymotion

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan kempen mengutamakan pembelian produk Islam dan boikot produk bukan bumiputera di negara ini hanya satu tindakan sia-sia kerana ia tidak konstruktif.

Mohd. Redzuan Yusof berkata, ini kerana kebanyakan produk halal dikeluarkan di negara ini adalah daripada bukan Islam dan bukan bumiputera.

Katanya, perkara yang paling penting pada waktu ini adalah setiap produk dikeluarkan mendapat sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita tengok hari ini, kalau ditujukan kepada bekalan barangan halal, contohnya di negeri utara, buatan halal 70 peratus dikeluarkan oleh bukan Islam. Jadi, ia tidak ada masalah.

“Ia tidak kena dengan kempen sebab kita masyarakat yang berbilang kaum. Saya nasihatkan janganlah (boikot). Kalau sudah halal, itu ia sudah cukup suci. Siapa-siapa yang dapat sijil halal Jakim, sudah cukup untuk jual. Tidak perlu boikot, ia tidak konstruktif,” katanya.

Buy Now on CodeCanyon